15,000 pemancing buru hadiah RM1 juta

Kira-kira 15,000 peserta hadir merebut hadiah lumayan. Foto FB Kedah Kini
Kira-kira 15,000 peserta hadir merebut hadiah lumayan. Foto FB Kedah Kini
A
A
A

ALOR SETAR - Kolam Titi Mega, Jalan Datuk Kumbar di sini gamat dengan kehadiran kira-kira 15,000 pemancing dari seluruh negara yang merebut hadiah kemenangan bernilai RM1 juta pada Ahad.

Difahamkan, pemancing dari Terengganu bergelar jutawan apabila diumumkan juara dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1 juta setelah berjaya menaikkan ikan keli seberat 9.5 kilogram.

Pemenang naib juara juga dari Terengganu dengan hadiah wang tunai dimenangi berjumlah RM100,000 apabila berjaya menaikkan ikan seberat kira-kira 8.5 kilogram.

Juara dan naib juara dilaporkan dari Terengganu manakala peserta tempat ketiga dari Selangor membawa pulang hadiah masing-masing. Foto FB Kedah Kini
Juara dan naib juara dilaporkan dari Terengganu manakala peserta tempat ketiga dari Selangor membawa pulang hadiah masing-masing. Foto FB Kedah Kini

Manakala tempat ketiga menjadi milik peserta dari Selangor dengan membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM50,000 apabila berjaya menaikkan ikan seberat lebih kurang 8 kilogram.

Hadiah lumayan ditawarkan penganjur membolehkan pertandingan yang dianjurkan di kolam tersebut mendapat perhatian luar biasa dari peminat geng kaki pancing.

Setiap peserta pertandingan memancing dipercayai dikehendaki membayar yuran pendaftaran sebanyak RM220.

Penganjur juga dikatakan menyediakan hadiah wang tunai RM500 dan RM440 kepada pemenang sehingga tempat ke-700 yang membolehkannya menjadi buruan peserta dari seluruh Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!