Nak menjaring ikan tapi dikejar angsa!

x-default
x-default
A
A
A

SHAH ALAM- Dikejar oleh haiwan sememangnya detik mencemaskan bagi sesiapa yang mengalami insiden itu atau mungkin sahaja menjadi kenangan tidak dapat dilupakan.

Bagaimanapun video yang memaparkan seorang lelaki dikejar dua ekor angsa liar ketika menjaring ikan menarik perhatian penonton kerana ada yang menganggap insiden mendebarkan itu sebagai lucu.

Video yang dikongsi oleh pengguna Facebook atas akaun Hazsrull Lagenda Penglipurlara itu tular di media sosial dan setakat ini mendapat 499,769 tontonan.

Dalam video tersebut, seorang lelaki dilihat berenang dengan pantas menuju ke pinggir sungai kerana dikejar oleh dua ekor angsa hingga lelaki berkenaan terpaksa menenggelamkan dirinya secara berselang seli ke dalam sungai supaya tidak terus dikejar haiwan itu yang dilihat sesekali berjaya mematuk tubuhnya.

Rata-rata pelayar internet yang menyaksikan video berdurasi 50 saat itu meninggalkan komen yang mencuit hati.

Misalnya pengguna Facebook Ija Dea mengatakan: “Sungguh-sungguh menyelam,"

“Ya ALLAH, macam sampan itik je dia ikut,” komen pengguna Facebook Siput Emas pula.

Bagaimanapun lokasi sebenar kejadian itu tidak dapat dipastikan dan dipercayai ia berlaku di luar negara.

Artikel Berkaitan: