Tabung Khas Covid-19 Selangor berjaya kumpul RM8.07 juta

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor berjaya mengumpul sebanyak RM8.07 juta menerusi Tabung Khas Covid-19 setakat ini yang ditubuhkan bagi menyelaras sumbangan dalam usaha menghentikan penularan koronavirus (Covid-19).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sumbangan tabung berkenaan dimulakan dengan pemotongan 50 peratus gaji Menteri Besar dan Exco serta 30 peratus gaji Ahli Dewan Undangan Negeri.

"Pemotongan itu bagi tempoh dua bulan termasuk pegawai lain antaranya Jusa C dan ke atas serta jawatan tertinggi daripada anak syarikat kerajaan negeri iaitu 30 peratus," katanya menerusi Twitter rasminya hari ini.

Beliau berkata, bagi kakitangan gred 44 hingga 54, mereka digalakkan menderma RM50 hingga RM100.

Terdahulu, Selangor mengumumkan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0 bagi menangani Covid-19 dengan jumlah keseluruhan RM272.5 juta.

Artikel Berkaitan: