Elak guna sarung tangan, kata pakar bedah London

Dr Karan Rangarajan memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung keperluan sarung tangan.
Dr Karan Rangarajan memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung keperluan sarung tangan.
A
A
A

LONDON - Seorang pakar bedah menyatakan penggunaan sarung tangan tidak perlu digunakan ketika keluar ke pasar raya semasa wabak koronavirus (Covid-19).

Menyampaikan maklumat tersebut menerusi medium aplikasi TikTok, Dr Karan Rangarajan berkata, rakyat di sini dilihat mula menggunakan sarung tangan apabila keluar rumah bagi mengelak virus, lapor Metro.co.uk.

"Anda pergi ke pasar raya, pegang barang, hasilnya banyak kuman.

"Anda juga pergi ke tempat lain, guna sarung tangan yang sama, kuman ada di mana-mana sahaja. Akhirnya sarung tangan itu dipenuhi kuman berbanding tangan anda yang basuh setiap kali.

"Perlu diingatkan, semasa anda guna sarung tangan, anda telah pegang muka kerana gatal, pegang pintu, stereng kereta dan banyak lagi," katanya.

Beliau yang bertugas di National Health Service berharap masyarakat membasuh tangan dengan kerap kerana ia boleh membebaskan dari kekotoran termasuk virus Covid-19.

Artikel Berkaitan: