Lelaki positif Covid-19 pukul, gigit jururawat

Keadaan jururawat yang diserang pesakit Covid-19.
Keadaan jururawat yang diserang pesakit Covid-19.
A
A
A

CHINA - Seorang lelaki berasal dari Nigeria yang juga pesakit koronavirus (Covid-19) bertindak ganas memukul dan mencederakan seorang jururawat di People's Hospital, Guangzhou, China.

Menurut laporan ‘World of Buzz’, lelaki bernama Okonkwonwoye Chika Patrick dilaporkan enggan memberikan kerjasama ketika jururawat bertugas melakukan ujian darah ke atasnya.

Lelaki itu kemudiannya keluar dari wad isolasi, namun ditahan jururawat tersebut sebelum dia bertindak agresif memukul dan menggigit bahagian muka jururawat berkenaan.

Akibat tindakan tersebut, jururawat berkenaan bukan sahaja mengalami kecederaan pada muka, leher dan pinggang, malah berisiko dijangkiti Covid-19.

Lelaki berkenaan kemudian ditahan dan bakal didakwa mengikut Undang-undang Pencegahan dan Rawatan Penyakit Berjangkit, Undang-undang Jenayah dan Undang-undang Pentadbiran Keluar dan Masuk selepas proses rawatan Covid-19 selesai.

Artikel Berkaitan: