Liverpool mungkin julang trofi EPL dalam stadium kosong

Liverpool mungkin terpaksa julang trofi EPL tanpa kehadiran penyokong.
Liverpool mungkin terpaksa julang trofi EPL tanpa kehadiran penyokong.
A
A
A

PELUANG Liverpool untuk menamatkan penantian 30 tahun menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali bersinar selepas badan pentadbir liga itu mengesahkan EPL tidak akan dibatalkan dan akan disambung semula selewat-lewatnya Jun nanti.

Memetik laporan sebuah portal berita antarabangsa, perbincangan kemungkinan liga disambung semula pada Jun telah dibincangkan bersama semua pasukan EPL.

"Semua 20 pasukan EPL juga bersetuju untuk bermain tanpa penyokong untuk memastikan liga berjaya ditamatkan.

"Ia juga bakal menyaksikan Liverpool menjulang trofi EPL dalam stadium kosong dan ia menjadi sejarah tercipta dalam saingan liga itu nanti," kata laporan itu.

Sebelum ini, EPL mengumumkan menangguhkan liga sehingga keadaan selamat sebelum boleh disambung semula, namun melihatkan keadaan pandemik koronavirus (Covid-19) tersebut yang tidak pasti bila akan pulih.

Banyak pasukan yang meminta kata putus dikeluarkan EPL mengenai masa depan liga tersebut.

"Jika disambung pada Jun, liga berkemungkinan akan berjaya dihabiskan dalam tempoh dua bulan dan pihak liga juga sedang memikirkan perancangan bagaimana untuk memastikan perlawanan dalam keadaan selamat.

"Pemain dijangka akan di asingkan daripada keluarga dan berada di bilik hotel, namun segalanya masih belum pasti," kata laporan itu lagi.

Dalam pada itu, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp meminta semua penduduk di England supaya mematuhi garis panduan dikeluarkan pihak berkuasa bagi memastikan EPL dapat kembali bersambung semula.

Artikel Berkaitan:

"Perkara paling utama ketika ini adalah kesihatan. Tetapi, cara untuk memastikan EPL dapat bersambung semula adalah dengan masyarakat berdisplin mengikut arahan pihak berkuasa.

"Tiada penyelesaian lain lagi boleh dibuat untuk membendung wabak ini Bertenang dan ikut arahan. Mungkin dalam beberapa minggu lagi kita akan dapat menonton kembali bola sepak," katanya.