Menanti pendedahan skandal mafia korporat

Dakwaan tentang wujudkan skandal korporat mafia terus hangat diperkatakan.
Dakwaan tentang wujudkan skandal korporat mafia terus hangat diperkatakan.
A
A
A

DAKWAAN tentang wujudkan skandal korporat mafia terus hangat diperkatakan dan menjadi perdebatan di peringkat nasional mengenai pendedahan yang menggemparkan negara.

Sebaik sahaja pendedahan itu dilaporkan, kerajaan telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan manipulasi korporat itu.

Ekoran daripada itu, PDRM dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah menyerbu sejumlah premis milik seorang ahli perniagaan iaitu Victor Chin dan beberapa dokumen disita bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, Victor menafikan pembabitan dirinya dalam mafia korporat seperti yang digembar-gemburkan namun tidak menolak mengenai kewujudan kumpulan itu.

Skandal mafia korporat ini merujuk kepada dakwaan mengenai kewujudan rangkaian individu berpengaruh dalam institusi penguatkuasaan untuk kepentingan perniagaan dengan penggunaan institusi penguatkuasaan untuk kepentingan perniagaan mengambil alih syarikat melalui tekanan undang-undang atau kewangan

Terdapat juga dakwaan yang mengatakan manipulasi saham di Bursa Malaysia, siasatan mengenai kes pecah amanah dalam syarikat swasta dan kemunculan individu tertentu dalam agensi penguat kuasa untuk menekan pemilik syarikat bagi melepaskan pegangan mereka terhadap syarikat.

Bagaimanapun, SPRM telah menafikan dengan keras mengenai tuduhan yang dilemparkan kepada suruhanjaya itu.

Malah siasatan yang dibuat oleh PDRM juga telah mengesahkan bahawa SPRM tidak terbabit langsung dengan dakwaan tersebut.

Sementara itu, Victor kini menjadi individu paling penting yang boleh merungkai tentang skandal mafia korporat ini, tetapi malangnya beliau kini berada di luar negara.

Artikel Berkaitan:

Dalam laporan beberapa hari lepas, ahli perniagaan itu telah memulakan tindakan undang-undang terhadap pengasas Bestinet Sdn Bhd, Aminul Islam Abdul Nor,.

Victor mendakwa individu itu merupakan dalang sebenar di sebalik cubaan pengambilalihan NexG Bhd menerusi writ saman di bawah fail WA-22NCvC-168-04/2026 yang menamakan Aminul sebagai defendan pertama.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, beliau berkata: “Saya menyaman beliau kerana mengenakan tekanan yang meluas kepada pihak penguatkuasaan, membekukan akaun, memaksa perubahan kepimpinan dengan cara ancaman serta memberi tekanan kepada syarikat yang memiliki pegangan saham besar dalam NexG.”

Menurut beliau, serangan terhadap NexG bermula pada Oktober 2025, tidak lama selepas syarikat itu memperoleh kontrak kerajaan bernilai RM2.46 bilion.

“Segala-galanya bermula di sini, ‘geng mafia korporat’ ini melakukan usaha terancang untuk merampas syarikat terutamanya menggunakan PDRM AMLA untuk mendapatkan kawalan ke atas NexG,” katanya lagi.

Terkini beliau telah membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi kebenaran kepadanya untuk memberi keterangan melalui Zoom dalam satu kes sivil, dengan alasan bimbang terhadap keselamatannya.

Beliau menyatakan kebimbangan akan dicederakan jika kembali ke Malaysia berikutan skandal mafia korporat.

Jadi kita semua tidak sabar untuk mengetahui tentang kebenaran tentang skandal mafia korporat yang didedahkan ini dan sudah pasti mahu pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.

*Junhairi Alyasa ialah Pengarang Berita Sinar Harian

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!