'Rafizi digesa bersara politik, henti beri kenyataan ganggu kestabilan negara'

Beberapa orang awam memegang poster di depan pejabat Invoke Solution di sini, hari ini.
Beberapa orang awam memegang poster di depan pejabat Invoke Solution di sini, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli digesa untuk bersara sepenuhnya daripada arena politik Malaysia.

Aktivis politik, Faizan Mohd Nor berkata, ini kerana banyak tindakan Rafizi yang dilihat boleh menjejaskan persekitaran sosioekonomi negara sedia ada.

Menurutnya, sedangkan rakyat kini sedang berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk peningkatan kos sara hidup seperti harga minyak yang semakin naik.

"Sudah tiba masanya Rafizi menghentikan sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh mengganggu kestabilan negara, khususnya demi kepentingan politik peribadi.

Faizan (kanan) dan beberapa orang awam menyampaikan memorandum kepada wakil Rafizi di depan pejabat Invoke Solution di sini, hari ini.
Faizan (kanan) dan beberapa orang awam menyampaikan memorandum kepada wakil Rafizi di depan pejabat Invoke Solution di sini, hari ini.

"Kami merasakan semua pihak perlu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekonomi rakyat.

"Fokus kami adalah kepada keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu. Sebarang kenyataan yang tidak bertanggungjawab boleh memberi kesan negatif kepada suasana ekonomi negara," katanya kepada media selepas menyerahkan Memorandum gesaan untuk bersara sepenuhnya dari politik Malaysia kepada wakil Rafizi di depan pejabat Invoke Solution di sini, hari ini.

Turut hadir sesi penyerahan itu, pengasas PKR, Ng Lum Yong dan beberapa orang awam membawa sepanduk 'Rafizi bersaralah dari politik'.

Artikel Berkaitan:

Isu yang diketengahkan dalam memorandum tersebut adalah kegagalan Rafizi antaranya sebagai menteri ekonomi, menunaikan janji-janji manifesto Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU15) dan pelaksanaan Projek (Vending Machine dan Sistem Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Faizan turut menegaskan bahawa memorandum itu disampaikan secara peribadi kepada Rafizi dan tidak melibatkan mana-mana parti politik.

Jelasnya, walaupun terdapat individu yang mempunyai latar belakang politik, kehadiran mereka hanya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin.

"Tujuan kami hanyalah untuk mendesak beliau agar berundur daripada politik dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan kestabilan ekonomi serta keyakinan rakyat," ujarnya.

Sementara itu, Lum Yong berpendapat, Rafizi lerlu tenang dan tidak mengeluarkan kenyataan yang agresif kerana ia akan memberi mesej tidak baik dan mengelirukan rakyat.

"Saya lihat kenyataan Rafizi lebih kepada untuk kepentingan peribadi bukan selamatkan negara.

"Kalau tak puas hati dengan apa dilakukan kerajaan lebih baik jumpa mereka terlibat termasuk Perdana Menteri secara bersemuka dan bagi solusi kepada kerajaan itu lebih baik," ulasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!