HONOR ungguli pasaran telefon pintar Malaysia

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM – Jenama teknologi global, HONOR, mencipta pencapaian membanggakan apabila muncul sebagai peneraju jualan keseluruhan telefon pintar di Malaysia, menurut laporan terkini oleh firma penyelidikan antarabangsa, Counterpoint Research.

Kejayaan tersebut sekali gus mengukuhkan kedudukan HONOR sebagai antara pilihan utama pengguna tempatan dalam pasaran yang semakin kompetitif dan dinamik.

Laporan berkenaan turut menjelaskan bahawa industri telefon pintar global kini sedang melalui fasa transformasi besar antara tahun 2025 hingga 2026, dengan segmen ‘Akses Flagship’ muncul sebagai kategori paling pesat berkembang.

No Image Caption

Segmen ini merujuk kepada peranti yang menawarkan pengalaman setaraf telefon premium pada harga lebih mampu milik, dengan pertumbuhan jualan global sebanyak 25 peratus tahun ke tahun pada 2025. Di Asia Tenggara, pertumbuhan direkodkan sekitar 14 peratus.

Prestasi kukuh HONOR di Malaysia dilihat berpunca daripada strategi tepatnya yang memberi tumpuan kepada segmen berkenaan, selain komitmen berterusan terhadap inovasi teknologi dan pemahaman mendalam terhadap keperluan pengguna.

Pada acara Mobile World Congress (MWC) Barcelona baru-baru ini, HONOR mencuri perhatian apabila memperkenalkan inovasi baharu termasuk Robot Phone dan robot humanoid, sekali gus meraih lebih 70 anugerah media antarabangsa.

Dalam masa sama, HONOR terus mengekalkan pendekatan berteraskan pengguna di Malaysia dengan memperhalusi produk melalui maklum balas penguji beta tempatan, jurugambar serta komuniti pelajar.

Artikel Berkaitan:

Hanya dalam tempoh lima tahun, jenama itu berjaya membina reputasi sebagai antara pilihan utama rakyat Malaysia.

Kos memori meningkat, industri terjejas

No Image Caption

Dalam perkembangan sama, industri telefon pintar turut berdepan tekanan kos susulan peningkatan harga memori global.

Permintaan tinggi terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI) menyebabkan pengeluar mengalihkan kapasiti pengeluaran kepada produk berprestasi tinggi seperti HBM (High Bandwidth Memory) dan DDR5.

Situasi itu menyumbang kepada lonjakan harga memori antara 40 hingga 50 peratus menjelang akhir 2025 dan dijangka terus meningkat sepanjang separuh pertama 2026.

Bagi telefon pintar dalam lingkungan harga AS$800, kos memori kini merangkumi kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan Bil Bahan (BoM), hampir tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Siri HONOR 600 naik kelas Akses Flagship

No Image Caption

Mengambil kira cabaran tersebut, HONOR dilihat berada pada kedudukan strategik untuk terus mengukuhkan penguasaannya dalam segmen Akses Flagship menerusi pendekatan dipacu nilai, iaitu peningkatan spesifikasi selari dengan penyesuaian harga.

HONOR Malaysia turut mengesahkan bahawa Siri N akan dinaik taraf secara rasmi ke kategori Akses Flagship bagi memenuhi permintaan pengguna terhadap peranti berprestasi tinggi pada nilai berpatutan.

Sebagai permulaan kepada penjenamaan semula itu, Siri HONOR 600 bakal membuat debut global di Malaysia, sekali gus menawarkan teknologi pengimejan berasaskan AI termaju serta spesifikasi bertaraf flagship kepada pengguna tempatan.

Nilai dan prestasi jadi penentu

No Image Caption

Menurut Counterpoint Research, masa depan pasaran telefon pintar akan ditentukan oleh keupayaan pengeluar menggabungkan perkakasan canggih dengan perisian AI yang dioptimumkan secara menyeluruh.

Pendekatan tersebut bukan sahaja memastikan harga kekal kompetitif, malah mampu memberikan pengalaman premium yang benar-benar berbaloi kepada pengguna.

Dalam landskap yang semakin mencabar, strategi berteraskan nilai dilihat menjadi kunci utama dalam menawan hati pengguna dan mengekalkan daya saing jenama di pasaran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!