Nelayan hilang selepas keluar candat sotong sendirian

Bot dipercayai milik mangsa ditemui terdampar di kawasan Pantai Sepat di sini. Foto JBPM Pahang
Bot dipercayai milik mangsa ditemui terdampar di kawasan Pantai Sepat di sini. Foto JBPM Pahang
A
A
A

KUANTAN - Seorang nelayan hilang dikhuatiri lemas ketika keluar mencandat sotong di kawasan perairan daerah ini sejak Rabu lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, bot gentian kaca sepanjang kira-kira tujuh meter digunakan mangsa ditemui terdampar di Pantai Sepat pada Khamis.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, mangsa, Mohd Ishak Ismail, 63 dari Taman Beserah Ria keluar sendirian ke laut kira-kira jam 10 pagi pada Rabu untuk mencandat sotong.

"Mengikut maklumat anaknya, mangsa akan keluar pagi dari Jeti Tanjung Api di sini dan akan pulang semula pada keesokan harinya sebelum berlabuh di jeti yang sama," katanya.

Bot dipercayai milik mangsa ditemui terdampar di kawasan Pantai Sepat di sini. Foto JBPM Pahang
Bot dipercayai milik mangsa ditemui terdampar di kawasan Pantai Sepat di sini. Foto JBPM Pahang

Zulfadli berkata, susulan maklumat diterima sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan ke lokasi penemuan bot terbabit.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan dengan pencarian di kawasan pesisir pantai.

Artikel Berkaitan:

Pos Kawalan Bomba dibuka untuk mengatur gerak operasi SAR mangsa. Foto JBPM Pahang
Pos Kawalan Bomba dibuka untuk mengatur gerak operasi SAR mangsa. Foto JBPM Pahang

"Sehingga jam 10.30 pagi ini (Jumaat) mangsa masih belum ditemui," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!