Persatuan pemililk kedai Bangladesh tetapkan waktu tutup 8 malam bagi jimat tenaga

DHAKA - Persatuan Pemilik Kedai Bangladesh memutuskan yang semua kedai dan pusat beli-belah di seluruh negara, termasuk di ibu negara Dhaka, akan ditutup setiap hari pada 8 malam bagi menjimatkan penggunaan elektrik dan bahan api.
Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS) melaporkan yang keputusan itu dibuat pada Khamis dalam mesyuarat bersama Jawatankuasa Tetap persatuan dan Persatuan Pemilik Kedai Metropolitan Dhaka, menurut satu kenyataan media.
Langkah itu bertujuan menyokong inisiatif penjimatan tenaga kerajaan di tengah-tengah krisis tenaga antarabangsa yang sedang berterusan, menurut kenyataan itu lagi.
Walaupun arahan penutupan terpakai hanya kepada semua operasi runcit dan komersial di seluruh negara termasuk di ibu negara, persatuan itu memaklumkan yang beberapa perkhidmatan penting seperti hotel, farmasi, kedai perkhidmatan kecemasan dan pasar basah dikecualikan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
