Syabu RM5.7 juta ditemukan dalam bot di Sungai Peng

Syabu bernilai RM5.7 juta ditemukan dalam sebuah bot di Sungai Peng, Pengkalan Chepa di Kota Bharu pada Ahad. Foto: PGA
Syabu bernilai RM5.7 juta ditemukan dalam sebuah bot di Sungai Peng, Pengkalan Chepa di Kota Bharu pada Ahad. Foto: PGA
A
A
A

KOTA BHARU - Syabu bernilai RM5.7 juta ditemukan dalam sebuah bot di Sungai Peng, Pengkalan Chepa di sini semasa serbuan dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Ahad.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan pada jam 12.30 tengah malam itu dilakukan oleh anggota Risik Batalion 9 selepas menemui sebuah bot berwarna biru dalam keadaan mencurigakan di dalam semak dan ditinggalkan tanpa pemilik.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa guni putih dan di dalamnya mengandungi ketulan kristal yang dipercayai dadah jenis syabu.

“Kesemua barangan rampasan termasuk dadah dan bot telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ujarnya, keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan berjumlah RM5.8 juta.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Syabu bernilai RM5.7 juta ditemukan dalam bot di Sungai Peng.
  • Serbuan dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am pada Ahad.
  • Bot berwarna biru ditemukan dalam keadaan mencurigakan.
  • Barangan rampasan termasuk dadah diserahkan kepada pihak polis.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!