Cuaca panas: Sekolah Kelantan tangguh aktiviti luar

SITI NORINA
SITI NORINA
A
A
A

KOTA BHARU – Seluruh sekolah di negeri Kelantan menangguhkan semua aktiviti luar berikutan cuaca panas yang sedang melanda.

Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan, Siti Norina Muhamad berkata, langkah melibatkan 595 sekolah di negeri itu dilaksanakan hasil pemantauan harian oleh Jabatan Meteorologi khususnya apabila suhu mencecah 35 darjah Celsius atau lebih selama tiga hari berturut-turut.

“Aktiviti yang ditangguhkan termasuk sukan, perkhemahan serta sebarang program yang melibatkan pelajar di kawasan berisiko terdedah matahari.

“Pemakluman rasmi supaya pihak sekolah supaya menangguhkan aktiviti luar itu sudah dikeluarkan pada Isnin dan berkuat kuasa serta merta,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman rasmi keputusan SPM 2025 di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, JPN Kelantan, di sini pada Selasa.

Siti Norina menambah, pihaknya juga bersedia jika terdapat keperluan melaksanakan sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) jika suhu mencecah 37 darjah Celsius manakala suhu melebihi 39 atau 40 darjah pula dikategorikan sebagai ekstrem serta keperluan sekolah ditutup sementara waktu.

“Setakat ini pelajar juga dibenarkan mengenakan pakaian sukan bagi keselesaan ketika berada di dalam kelas.

“Arahan penangguhan aktiviti luar ini akan berterusan hingga pemakluman baharu kelak apabila keadaan cuaca kembali normal,” katanya.

Tambah Siti Norina, pihaknya sentiasa mengambil langkah berwaspada untuk mengelakkan anak-anak terdedah kepada risiko terkena strok haba dan setakat ini tidak ada laporan mengenai murid atau pelajar terkena strok haba.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seluruh sekolah di Kelantan menangguhkan aktiviti luar kerana cuaca panas.
  • Penangguhan melibatkan 595 sekolah setelah suhu mencecah 35°C selama tiga hari berturut-turut.
  • Aktiviti seperti sukan dan perkhemahan di kawasan terdedah matahari ditangguhkan serta merta.
  • Jika suhu mencapai 37°C, PdPR mungkin dilaksanakan dan suhu melebihi 39°C dikategorikan sebagai ekstrem.
  • Pelajar dibenarkan memakai pakaian sukan dalam kelas, dan langkah ini berterusan hingga cuaca kembali normal.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!