SPM 2025: Gred Purata Kebangsaan terbaik dalam tempoh lima tahun

Mohd Azam ketika mengumumkan keputusan SPM 2025, pada Selasa.
Mohd Azam ketika mengumumkan keputusan SPM 2025, pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Gred Purata Kebangsaan (GPK) bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatatkan 4.42 mata, sekali gus merekodkan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, pencapaian itu menunjukkan peningkatan apabila mata GPK mengecil sebanyak 0.07 mata berbanding tahun lalu, 4.49.

"Sukacitanya saya memaklumkan bahawa secara keseluruhannya, pencapaian calon SPM 2025 berdasarkan indeks GPk adalah lebih baik sejak peperiksaan SPM yang menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengan (KSSM) mulai tahun 2021," katanya dalam sidang akhbar Pengumuman Keputusan SPM 2025, di sini, pada Selasa.

Menurutnya, berdasarkan GPK, jurang pencapaian calon di bandar dan luar bandar semakin mengecil sebanyak 0.04 mata.

"GPK calon di bandar ialah 4.40 mata pada tahun ini berbanding 4.47 mata tahun lalu manakala GPK luar bandar pula adalah 4.81 mata pada SPM 2025, berbanding tahun 2024, 4.92 mata," katanya.

GPK calon mengikut lokaliti turut menunjukkan peningkatan apabila calon di bandar merekodkan sebanyak 4.40 pada tahun 2025 berbanding 4.47 pada 2024," katanya dalam sidang akhbar Pengumuman Keputusan SPM 2025, di sini, pada Selasa.

Ujar beliau, nilai gred purata adalah 0.00 hingga 9.00 dan nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian atau prestasi lebih baik.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • GPK SPM 2025 mencatatkan 4.42 mata, terbaik dalam lima tahun.
  • GPK SPM 2025 meningkat 0.07 mata berbanding 2024.
  • Pencapaian calon SPM 2025 lebih baik sejak KSSM 2021.
  • Jurang pencapaian bandar dan luar bandar mengecil 0.04 mata.
  • GPK calon bandar menurun ke 4.40 mata pada 2025.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!