Kertas siasatan kes ahli MPPWP minta wang perlindungan sudah diserah kepada TPR

Mohamad Lazim (dua dari kiri) ketika bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Isnin.
Mohamad Lazim (dua dari kiri) ketika bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung dakwaan ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan meminta Wang perlindungan dari sebuah pusat urut di Wangsa Maju, telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Senior Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya kini sedang menunggu arahan TPR untuk tindakan lanjut.

"Kita telah menahan dua individu bagi membantu siasatan berkaitan kes itu. Mereka telah direman empat hari bermula Khamis hingga Ahad.

"Seramai empat saksi telah dirakam keterangan, kertas siasatan telah lengkap dan diserahkan kepada DPP hari ini," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilaporkan berkata, beliau telah mengarahkan laporan polis dibuat, selain siasatan dimulakan serta-merta bagi menyiasat dakwaan berkenaan.

Menurut beliau, tindakan tegas termasuk pemecatan akan dikenakan sekiranya dakwaan tersebut terbukti benar.

Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kehadiran dua lelaki memperkenalkan diri sebagai ahli MPP meminta wang daripada sebuah pusat urut.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kertas siasatan kes ahli MPP minta wang perlindungan telah diserahkan kepada TPR.
  • Dua individu telah ditahan dan direman untuk siasatan kes ini.
  • Empat saksi telah dirakam keterangan dalam siasatan ini.
  • Kes ini disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  • Tindakan tegas termasuk pemecatan akan dikenakan jika dakwaan terbukti benar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!