Amaran ribut petir di Sabah, Sarawak - MetMalaysia

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di Sabah dan Sarawak. Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di Sabah dan Sarawak. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak hingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, di Sabah, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Pedalaman iaitu membabitkan Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan serta Tambunan.

Kawasan diramal terjejas di Sarawak pula ialah Sibu (Selangau), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang. - Bernama

Ringkasan AI

  • Jabatan Meteorologi Malaysia keluarkan amaran ribut petir.
  • Amaran melibatkan kawasan Sabah dan Sarawak.
  • Ribut petir diramal di Sabah termasuk Sipitang dan Tenom.
  • Sarawak diramal terjejas termasuk Sibu dan Kapit.
  • Amaran berkuat kuasa hingga 6 petang ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!