Empangan Bukit Merah Kritikal Pengairan Tahap 1

IPOH - Status semasa Empangan Bukit Merah berada pada aras Kritikal Pengairan Tahap 1, iaitu 6.965 meter (m) berbanding aras berjaga-jaga 7.62 m.
Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kerian di laman Facebook memaklumkan simpanan bekalan pengairan bagi empangan berkenaan ialah 18.6958 juta meter padu setakat semalam.
"Pesawah dinasihatkan untuk sentiasa mengunakan air dengan berhemat dan berjimat cermat,” menurut kenyataan itu.
Aras normal bagi prosedur operasi standard (SOP) bekalan pengairan ialah 8.69 m. - Bernama
Ringkasan AI
- Empangan Bukit Merah pada aras Kritikal Pengairan Tahap 1, 6.965 m.
- Simpanan bekalan pengairan empangan ialah 18.6958 juta meter padu.
- Pesawah dinasihat guna air dengan berhemat dan berjimat.
- Aras berjaga-jaga empangan ialah 7.62 m.
- Aras normal SOP bekalan pengairan ialah 8.69 m.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
