Pemandu lori meninggal dunia selepas tunggu lebih 10 jam isi minyak

Seorang lelaki meninggal dunia ketika menunggu untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Thailand. Foto Facebook
Seorang lelaki meninggal dunia ketika menunggu untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Thailand. Foto Facebook
A
A
A

BANGKOK – Seorang pemandu lori ditemukan meninggal dunia di dalam kenderaannya selepas dipercayai menunggu lebih 10 jam untuk mengisi minyak di sebuah stesen petrol di Prachuap Khiri Khan pada Rabu.

Portal mustsharenews melaporkan mangsa, Phut Nutchabut, 51, ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah lori kira-kira jam 9 pagi oleh pekerja stesen selepas dimaklumkan oleh pemilik kenderaan yang gagal menghubunginya.

Menurut polis, lori berkenaan memasuki stesen minyak sekitar jam 10.53 malam dan dibiarkan dalam keadaan enjin hidup sepanjang malam.

Pemeriksaan awal mendapati enjin masih berjalan ketika mangsa ditemui, selain pendingin hawa dihidupkan dan semua tingkap ditutup rapat.

Siasatan awal percaya mangsa mungkin tertidur ketika menunggu giliran sebelum terhidu gas karbon monoksida.

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan mangsa maut akibat keracunan karbon monoksida susulan kebocoran asap ekzos ke dalam kabin.

Bagaimanapun, faktor kesihatan lain juga masih dalam siasatan.

Mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian, sementara siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pemandu lori ditemui meninggal dunia dalam kenderaannya di stesen minyak di Prachuap Khiri Khan.
  • Mangsa ditemui tidak sedarkan diri kira-kira jam 9 pagi oleh pekerja stesen.
  • Lori tersebut memasuki stesen minyak sekitar jam 10.53 malam dengan enjin hidup sepanjang malam.
  • Mangsa dipercayai tertidur dan terhidu gas karbon monoksida.
  • Punca kematian masih dalam siasatan dan bedah siasat dijalankan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!