Tujuh kawasan di Semenanjung alami gelombang haba - MetMalaysia

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia direkodkan berada pada Tahap 2 (gelombang haba) setakat pagi ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan terlibat ialah Perlis; di Kedah meliputi Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling; serta Hulu Perak di Perak.
Dalam perkembangan sama, kemas kini status cuaca panas sehingga jam 6 pagi tadi turut menunjukkan 13 kawasan lain berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga).
Kawasan tersebut ialah Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Kulim-Bandar Baharu di Kedah; Timur Laut dan Utara di Pulau Pinang; Selama, Kinta, Kuala Kangsar dan Perak Tengah di Perak; serta Jerantut di Pahang.
MetMalaysia menjelaskan, Tahap 2 atau gelombang haba diisytiharkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Sementara itu, Tahap 1 merujuk kepada keadaan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius dalam tempoh yang sama.
Ringkasan AI
- Tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 2 (gelombang haba).
- Kawasan Tahap 2 termasuk Perlis, Kedah (beberapa daerah) dan Hulu Perak di Perak.
- Tiga belas kawasan lain berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga).
- Kawasan Tahap 1 termasuk beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Pahang.
- Tahap 2 diisytiharkan suhu maksimum harian 37-40°C, Tahap 1 suhu 35-37°C.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
