Lelaki cedera khemah jual mercun terbakar

Seorang lelaki cedera dalam kejadian kebakaran melibatkan gerai mercun berhampiran Dataran Lenggong, Lenggong pada Jumaat. Foto JBPM Perak
Seorang lelaki cedera dalam kejadian kebakaran melibatkan gerai mercun berhampiran Dataran Lenggong, Lenggong pada Jumaat. Foto JBPM Perak
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki cedera selepas khemah menjual mercun musnah terbakar dalam kejadian di Dataran Lenggong di Lenggong, pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.48 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar bergegas ke lokasi kejadian sejauh 42 kilometer.

"Kebakaran melibatkan empat khemah terbuka bersaiz 20 x 20 kaki persegi setiap satu musnah terbakar kira-kira 90 peratus dan melibatkan seorang mangsa berusia 34 tahun cedera," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sabarodzi berkata, kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.56 petang. - Bernama

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki cedera selepas khemah menjual mercun musnah terbakar.
  • Kejadian berlaku di Dataran Lenggong, Lenggong, pada Jumaat.
  • Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.48 petang. Empat khemah bersaiz 20 x 20 kaki persegi musnah kira-kira 90 peratus. Kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.56 petang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!