Ulat jadi petunjuk dua mayat membusuk atas bumbung masjid

Kedua-dua mangsa dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing sejak 1 Syawal lalu.
Kedua-dua mangsa dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing sejak 1 Syawal lalu.
A
A
A

BREBES - Penemuan dua mayat mereput di sebuah masjid menggemparkan penduduk setempat.

Kejadian itu berlaku selepas penduduk di Desa Pangaradan, Kecamatan Tanjung, Kabupaten Brebes, wilayah Jawa Tengah di Indonesia berasa curiga setelah banyak ulat jatuh dari tingkat tiga Masjid Miftahul Jannah pada malam Rabu.

Mereka kemudiannya melaporkan kepada penjaga masjid tersebut yang bertindak segera melakukan pemeriksaan.

Ia sememangnya mengejutkan apabila dua jasad lelaki dengan kesan melecur yang sudah membusuk dijumpai di atas bumbung.

Mereka dikenali sebagai Irwantoro, 29, dan Bambang Suherman, 42.

Rakaman video yang menjadi tular menunjukkan proses membawa turun jasad tersebut juga agak mencabar sebelum dihantar ke RSUD Brebes.

Kedua-duanya dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing sejak 1 Syawal lalu.

Siasatan awal mendapati kematian mereka mungkin disebabkan terkena renjatan elektrik. - Agensi

Ringkasan AI

  • Penemuan dua mayat mereput di sebuah masjid menggemparkan penduduk Desa Pangaradan, Brebes
  • Penduduk menjadi curiga setelah banyak ulat jatuh dari tingkat tiga Masjid Miftahul Jannah
  • Jasad kedua lelaki, Irwantoro dan Bambang Suherman, ditemukan dengan kesan melecur di atas bumbung
  • Kedua-dua mangsa dilaporkan hilang sejak 1 Syawal
  • Siasatan awal menduga kematian disebabkan renjatan elektrik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!