Longgokan barangan kitar semula terbakar

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran longgokan barangan kitar semula, pada Khamis.
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran longgokan barangan kitar semula, pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Barangan kitar semula di kawasan terbuka berkeluasan dua ekar berhampiran sebuah pusat memandu di Seksyen 36 di sini, terbakar pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 1.24 tengah hari

"Seramai 31 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta bantuan BBP Klang Selatan, BBP Andalas, BBP Klang Utara dan BBP Bukit Jelutong bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 11 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kebakaran melibatkan longgokkan barangan kitar semula di kawasan terbuka.
Kebakaran melibatkan longgokkan barangan kitar semula di kawasan terbuka.

Beliau berkata, setibanya di lokasi 12 minit kemudian, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan longgokkan barangan kitar semula di kawasan terbuka.

"Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan yang turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Rantau Panjang," ujarnya.

Ringkasan AI

  • Barangan kitar semula di Shah Alam terbakar berhampiran pusat memandu
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor terima panggilan kecemasan
  • Seramai 31 anggota bomba dari pelbagai balai bergegas ke lokasi kejadian
  • Kebakaran melibatkan longgokkan barangan kitar semula di kawasan terbuka
  • Pasukan Bomba Sukarela Rantau Panjang turut membantu operasi pemadaman

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!