Remaja perempuan 13 tahun hilang di Ampang

Remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Rabu.
Remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Rabu.
A
A
A

AMPANG – Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak Rabu.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa anak perempuannya hilang dari rumah di Bandar Baru Ampang pada jam 8 malam.

“Pengadu membuat pemeriksaan di dalam rumah sebelum mendapati remaja itu telah keluar dengan membawa beg pakaian.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dengan keluarga,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Khairul Anuar berkata, remaja itu berketinggian kira-kira 160 sentimeter, berat 56 kilogram, berbadan kurus dan berkulit hitam manis.

Beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai remaja terbabit supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian 03-42897222.

“Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Alia Dyana Raimi di talian 017-6515201,” katanya.

Khairul Anuar turut menasihatkan orang awam khususnya ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memantau pergerakan kanak-kanak dalam jagaan masing-masing serta tidak membenarkan mereka bersendirian, selain menghubungi pihak polis atau talian kecemasan MERS 999 sekiranya berlaku sebarang kejadian.

Ringkasan AI

  • Polis mencari remaja perempuan berumur 13 tahun yang hilang sejak Rabu di Bandar Baru Ampang
  • Laporan hilang dibuat oleh ibunya selepas remaja itu keluar dari rumah dengan mengambil beg pakaian
  • Perselisihan faham dengan keluarga dipercayai menjadi punca kehilangan
  • Remaja itu mempunyai ciri-ciri ketinggian 160 cm, berat 56 kg, berbadan kurus dan berkulit hitam manis
  • Orang ramai diminta memberi maklumat kepada polis atau menghubungi Pusat Kawalan Polis Daerah Ampang Jaya dan Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Alia Dyana Raimi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!