Pertengkaran suami isteri berakhir tragedi, bayi maut selepas dilempar bapa

Seorang bayi lelaki dilaporkan maut selepas didakwa menjadi mangsa keganasan yang dilakukan oleh bapanya sendiri. Gambar hiasan
Seorang bayi lelaki dilaporkan maut selepas didakwa menjadi mangsa keganasan yang dilakukan oleh bapanya sendiri. Gambar hiasan
A
A
A

JAKARTA - Seorang bayi lelaki berusia 1 tahun 8 bulan dilaporkan maut selepas didakwa menjadi mangsa keganasan yang dilakukan oleh bapanya sendiri.

Peristiwa tragis ini berlaku ketika kedua ibu bapa bayi berkenaan terlibat pertengkaran.

Kejadian berlaku di sebuah rumah sewa di Kelurahan Manembo Nembo Atas, Kecamatan Matuari, Kota Bitung, Sulawesi Utara, pada Ahad lalu.

Menurut ibu mangsa, Adelia Alow,20, pertengkaran dengan suaminya, Fadli Ali,30, berpunca daripada isu kewangan keluarga.

Dalam keadaan marah, suspek didakwa telah melempar bayi tersebut ke arah katil.

"Dia melempar anak saya ke katil. Selepas itu, dia terus kejang dan sukar bernafas," kata Adelia.

Adelia cuba memberikan pertolongan cemas, termasuk menepuk tubuh bayi dan memberikan bantuan pernafasan, namun nyawa Zavier Ali tidak dapat diselamatkan.

Ibu mangsa turut memaklumkan bahawa anaknya mempunyai penyakit jantung yang sebelum ini telah disahkan oleh doktor.

Kes kini disiasat pihak polis, manakala suspek telah ditahan dan sedang menjalani pemeriksaan di Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) Polis Belitung.

"Ya, suspek masih dalam pemeriksaan," kata Ketua Unit PPA, Ipda Petrus Palendeng, pada Selasa.

Pihak polis sedang meneliti punca sebenar kematian mangsa, termasuk menyiasat kronologi penuh kejadian tersebut.-Agensi

Ringkasan AI

  • Bayi lelaki berusia 1 tahun 8 bulan maut akibat didakwa oleh bapanya sendiri
  • Peristiwa itu berlaku ketika pertengkaran antara ibu bapa bayi tersebut
  • Kejadian berlaku di Kelurahan Manembo Nembo Atas, Kota Bitung, Sulawesi Utara
  • Pertengkaran antara ibu bapa berpunca dari isu kewangan keluarga
  • Suspek telah ditahan dan sedang menjalani pemeriksaan di Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak Polis Belitung

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!