Budak autistik 9 tahun lemas di tasik hotel

Tangkap layar video tular memaparkan seorang kanak-kanak cuba diselamatkan selepas ditemukan lemas di dalam tasik sebuah hotel di Lukut pada Selasa.
Tangkap layar video tular memaparkan seorang kanak-kanak cuba diselamatkan selepas ditemukan lemas di dalam tasik sebuah hotel di Lukut pada Selasa.
A
A
A

PORT DICKSON- Kegembiraan sekeluarga bercuti di daerah ini bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan lemas di dalam tasik sebuah hotel di Lukut di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada ahli keluarga mangsa pada jam 8 malam.

"Lelaki tempatan berusia 44 tahun membuat aduan memaklumkan mangsa lemas dan disahkan meninggal dunia.

"Kejadian disedari berlaku pada jam 3.30 petang apabila mangsa didapati telah keluar dari bilik hotel tanpa pengetahuan keluarga," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, mangsa merupakan seorang autistik dan sedang bercuti bersama keluarga di hotel terbabit.

Tambahnya, keluarga yang menyedari mangsa tiada di bilik telah mencarinya di kawasan sekitar sebelum ditemukan lemas di dalam tasik oleh kakitangan hotel.

"Bedah siasat terhadap mangsa yang dijalankan di Jabatan Forensik Port Dickson pada Rabu mengesahkan punca kematiannya adalah lemas dan kes disiasat di bawah mati mengejut,"katanya

Ringkasan AI

  • Kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun lemas di tasik hotel di Lukut, Port Dickson
  • Keluarga bercuti bertukar tragedi apabila mangsa ditemukan lemas
  • Mangsa merupakan seorang autistik dan sedang bercuti bersama keluarga
  • Mangsa keluar dari bilik hotel tanpa pengetahuan keluarga dan kemudiannya ditemukan oleh kakitangan hotel
  • Punca kematian disahkan lemas melalui bedah siasat, kes disiasat sebagai mati mengejut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!