X

Kindly register in order to view this article
!

Masih degil tangkap ikan

Lima lelaki ditahan ingkar PKP kerana menangkap ikan di sebuah parit di tepi jalan Taman Bahagia Delima, semalam.
A
A

KUALA PILAH - Polis menahan lima lelaki yang didapati ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana menangkap ikan di sebuah parit di tepi jalan Taman Bahagia Delima di sini, semalam.

Kesemua mereka yang juga penduduk tempatan berusia antara 18 hingga 20 tahun itu ditahan pada jam 7 malam dalam Ops Covid 19.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, kesemua lelaki terbabit juga memberikan alasan tidak munasabah untuk berada di luar rumah dan berkumpul di situ.

"Dua daripada lima suspek dikesan mempunyai tatu di badan dan dipercayai terlibat dalam kegiatan kumpulan kongsi gelap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Amran berkata, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan/11(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)2020 dan Seksyen 52 (3) Akta Pertubuhan 1966.

"Mereka kini direman selama selama tiga hari sehingga 6 April ini bagi melengkapkan siasatan," katanya.

Amran turut mengingatkan orang ramai terus mematuhi PKP sebagai usaha memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19).

"Jangan ambil mudah perkara ini kerana tindakan melanggar PKP boleh menyebabkan risiko lebih besar kepada orang lain dan usaha membendung wabak Covid-19 sia-sia," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!