Mah Sing Foundation sumbang RM105,000 bantu pesakit katarak B40

Syed Norulzaman (dua dari kiri) dan Dr Mohd Fadzli (tiga dari kiri) semasa majlis pemeteraian kerjasama antara Mah Sing Foundation dan Pusat Pembedahan Katarak MAIWP – Hospital Selayang. Turut kelihatan Dr Noor Hisham (kiri) dan Dr Mohamad Aziz Salowi (kanan).
Syed Norulzaman (dua dari kiri) dan Dr Mohd Fadzli (tiga dari kiri) semasa majlis pemeteraian kerjasama antara Mah Sing Foundation dan Pusat Pembedahan Katarak MAIWP – Hospital Selayang. Turut kelihatan Dr Noor Hisham (kiri) dan Dr Mohamad Aziz Salowi (kanan).
A
A
A

SHAH ALAM - Mah Sing Foundation (MSF) mengukuhkan kerjasama dengan Pusat Pembedahan Katarak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) – Hospital Selayang melalui sumbangan lebih 400 lensa intraokular bernilai RM105,000 bagi menyokong pembedahan katarak untuk pesakit B40 di seluruh negara.

Katarak, iaitu keadaan kanta mata menjadi keruh, masih menjadi antara punca utama kebutaan yang boleh dicegah di seluruh dunia.

Di Malaysia, kajian Kementerian Kesihatan menunjukkan katarak tidak dirawat merupakan penyumbang utama masalah penglihatan dalam kalangan individu berusia 50 tahun ke atas, selain turut menjejaskan golongan lebih muda akibat faktor seperti diabetes dan pendedahan berpanjangan kepada cahaya ultraungu (UV).

Sejak ditubuhkan pada Disember 2012, Pusat Pembedahan Katarak MAIWP – Hospital Selayang telah melaksanakan lebih 35,000 pembedahan katarak, iaitu kira-kira lima peratus daripada jumlah keseluruhan pembedahan katarak di fasiliti Kementerian Kesihatan di seluruh negara.

Delegasi Mah Sing Foundation menyaksikan siaran langsung pembedahan katarak di Pusat Pembedahan Katarak MAIWP – Hospital Selayang, bagi melihat sendiri proses rawatan pesakit secara menyeluruh, daripada konsultasi hingga pemulihan selepas pembedahan.
Delegasi Mah Sing Foundation menyaksikan siaran langsung pembedahan katarak di Pusat Pembedahan Katarak MAIWP – Hospital Selayang, bagi melihat sendiri proses rawatan pesakit secara menyeluruh, daripada konsultasi hingga pemulihan selepas pembedahan.

Sebagai pusat berkecekapan tinggi, ia mampu menjalankan antara 20 hingga 30 pembedahan setiap hari, sekali gus membantu mempercepatkan rawatan pesakit dan mengurangkan tempoh menunggu, selain mengurangkan kesesakan di hospital.

Pengerusi Mah Sing Foundation, Datuk Syed Norulzaman Syed Kamarulzaman berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan yayasan dalam memperkasa kesejahteraan masyarakat melalui aspek kesihatan.

“Akses kepada pembedahan katarak bukan sekadar rawatan, tetapi membuka peluang kepada pesakit untuk kembali menjalani kehidupan dengan lebih baik termasuk bekerja, menjaga keluarga dan menyumbang kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan:

“Ini selaras dengan aspirasi kami untuk membawa perubahan yang bermakna dan berkekalan kepada komuniti yang memerlukan,” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau turut menambah bahawa Mah Sing Foundation sebelum ini aktif melaksanakan pelbagai inisiatif kesihatan seperti pemberian cermin mata percuma kepada pelajar, saringan kesihatan serta program bantuan makanan dan kesejahteraan.

Sementara itu, Ahli Pemegang Amanah Mah Sing Foundation, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, program berkenaan selari dengan keutamaan dalam sistem kesihatan negara.

“Kerjasama strategik seperti ini membolehkan akses kepada rawatan diperluaskan, khususnya kepada golongan yang kurang berkemampuan, di samping memperkukuh sistem kesihatan secara keseluruhan,” ujarnya.

Barisan kepimpinan Mah Sing Foundation bersama pasukan Pusat Pembedahan Katarak MAIWP – Hospital Selayang sempena pemeteraian kerjasama bagi memperluas akses pembedahan katarak kepada pesakit B40 di seluruh negara.
Barisan kepimpinan Mah Sing Foundation bersama pasukan Pusat Pembedahan Katarak MAIWP – Hospital Selayang sempena pemeteraian kerjasama bagi memperluas akses pembedahan katarak kepada pesakit B40 di seluruh negara.

Timbalan Pengarah Hospital Selayang (Perubatan II), Dr Mohd Fadzli Arifin pula berkata, sejak penubuhan pusat berkenaan, lebih 35,000 pembedahan telah dilaksanakan.

“Inisiatif ini membantu mengurangkan kesesakan hospital serta memendekkan tempoh menunggu sehingga 50 peratus.

“Pusat ini beroperasi sebagai kemudahan ‘one-stop centre’ di mana pesakit menerima rawatan lengkap termasuk konsultasi, pembedahan, ubat-ubatan dan penjagaan susulan di satu lokasi, menjadikan pengalaman pesakit lebih selesa dan teratur,” ujarnya.

Beliau berkata, lebih 90 peratus pesakit tanpa komplikasi lain mencapai tahap penglihatan yang baik dalam tempoh tiga bulan selepas pembedahan, sekali gus membuktikan keberkesanan rawatan yang diberikan.

Lensa yang disumbangkan akan digunakan di pusat berkenaan serta diagihkan ke hospital lain di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi memastikan lebih ramai pesakit mendapat rawatan tanpa perlu menanggung kos dan perjalanan yang tinggi.

Untuk rekod, sejak ditubuhkan pada 2005, Mah Sing Foundation telah menyumbang lebih RM30.2 juta dan memberi manfaat kepada lebih 306,000 individu di seluruh negara melalui pelbagai inisiatif melibatkan pendidikan, kesihatan dan pembangunan komuniti.

 

 

Ringkasan AI

  • Mah Sing Foundation menyumbang lebih 400 lensa intraokular bernilai RM105,000 untuk pembedahan katarak bagi pesakit B40
  • Katarak adalah penyebab utama kebutaan yang boleh dicegah
  • Pusat Pembedahan Katarak MAIWP - Hospital Selayang telah melaksanakan lebih 35,000 pembedahan sejak ditubuhkan pada Disember 2012
  • Pusat berkecekapan tinggi ini mampu menjalankan 20 hingga 30 pembedahan katarak setiap hari
  • Lensa disumbangkan akan digunakan di pusat tersebut dan diagihkan ke hospital lain di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!