Ibu, dua anak maut kereta terbabas

Seorang wanita dan dua anak maut selepas Perodua Aruz dinaiki mereka terbabas di Kilometer 59 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Jerangau.
Seorang wanita dan dua anak maut selepas Perodua Aruz dinaiki mereka terbabas di Kilometer 59 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Jerangau.
A
A
A

DUNGUN - Seorang wanita dan dua anak maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz dinaiki mereka terbabas di Kilometer 59 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Jerangau dekat sini, petang tadi.

Kejadian difahamkan berlaku kira-kira 6.10 petang dan dua daripada mereka maut di tempat kejadian manakala seorang lagi di Klinik Kesihatan Jerangau, namun setakat ini identiti semua mangsa belum dikenal pasti.

Kemalangan juga melibatkan dua lagi anak mangsa dan mereka dikejarkan ke Hospital Dungun.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir mengesahkan kejadian dan berkata, maklumat lanjut akan menyusul.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Al-Muktafi Billah Shah Mohd Izzuddin Mahmood berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kenderaan itu melanggar tiang elektrik di bahu jalan.

"Kemalangan melibatkan lima mangsa dengan tiga daripadanya dikeluarkan bomba yang menggunakan peralatan khas manakala dua lagi oleh orang awam,” katanya semasa dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada polis dan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita dan dua anak maut dalam kemalangan SUV Perodua Aruz di Kilometer 59 Jalan Jerangau-Jabor
  • Kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.10 petang
  • Dua mangsa maut di tempat kejadian dan seorang lagi di Klinik Kesihatan Jerangau
  • Dua lagi anak mangsa cedera dan dihantar ke Hospital Dungun
  • SUV tersebut melanggar tiang elektrik di bahu jalan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!