'Terima kasih Iran, terubat kesakitan umat di Gaza' - Nik Mohamad Abduh

Nik Mohamad Abduh
Nik Mohamad Abduh
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menzahirkan penghargaan buat Iran, yang menurutnya sokongan negara itu sebagai sesuatu yang mengubat kesakitan umat, khususnya berkaitan konflik di Gaza.

"Terima kasih Iran. Terubat kesakitan terutama buat umat di bumi Gaza.

"Tanpa jihad hangat di dada, hilanglah umat di mata dunia," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Sebelum ini media melaporkan, empat individu mati syahid dalam serangan udara rejim Israel di Gaza, ketika dunia sedang menyambut ketibaan perayaan Aidilfitri.

Menurut agensi pertahanan awam wilayah itu, serangan bertali arus meskipun gencatan senjata masih berkuat kuasa.

Serangan dilaporkan berlaku di dua kawasan di bandar Gaza, dengan Hospital Al-Ahli dan Hospital Al-Shifa masing-masing mengesahkan menerima dua mayat dari lokasi berbeza.

Dalam perkembangan berkaitan, keadaan darurat turut diisytiharkan di bandar Arad, selatan Israel susulan serangan peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran, mengakibatkan sekurang-kurangnya 70 individu cedera, menurut laporan media Israel.

Pasukan kecemasan Israel melaporkan bahawa mereka sedang merawat sejumlah besar mangsa, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dalam keadaan serius, 11 mangsa cedera sederhana dan beberapa lagi mengalami kecederaan ringan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Iran atas sokongan kepada umat di Gaza
  • Empat individu mati syahid dalam serangan udara Israel di Gaza semasa perayaan Aidilfitri
  • Serangan berlaku walaupun gencatan senjata masih berkuat kuasa
  • Dua hospital di bandar Gaza menerima mayat dari lokasi serangan
  • Keadaan darurat diisytiharkan di bandar Arad, Israel, akibat serangan peluru berpandu dari Iran, menyebabkan 70 orang cedera

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!