Carragher beri amaran kepada Kane

Harry Kane
Harry Kane
A
A
A

PENYERANG sensasi Tottenham Hotspur, Harry Kane dinasihatkan supaya segera mencari pasukan lain untuk memperkembangkan kariernya musim depan.

Legenda Liverpool, Jamie Carragher berkata, waktu ini merupakan detik sesuai untuk Kane berpindah daripada Spurs berdasarkan tawaran yang diajukan beberapa kelab besar dunia.

Menurutnya, Kane masih mempunyai 'harga' dan semua pasukan sanggup melaburkan wang yang banyak untuk mendapatkan khidmatnya.

"Kane akan berusia 27 tahun pada Julai ini. Kita tidak tahu bila jendela perpindahan pemain atau liga akan bermula semula akibat koronavirus (Covid-19).

"Jika dia tidak mencari pasukan baharu mulai sekarang, situasi akan menjadi lebih sukar buatnya pada masa akan datang.

"Apabila seseorang pemain menginjak usia 28 tahun, secara psikologi kelab sukar untuk membelinya dengan nilai yang tinggi kerana melihat pemain itu sudah tidak ada harga untuk dijual semula nanti," katanya.

Kane sebelum ini dikatakan mahu meninggalkan Spurs selepas masih gagal menjuarai sebarang trofi selama 11 tahun bersama kelab itu.

Beberapa pasukan juga dilaporkan berminat mendapatkan khidmat pemain kelahiran England itu antaranya Manchester United dan Manchester City.

Artikel Berkaitan:

"Selain City dan United, kemana lagi Kane boleh pergi? Adakah betul tindakannya berpindah ke Etihadd atau Old Trafford?

“City memerlukan pengganti kepada Sergio Aguero. Saya rasa mereka hanya akan berbelanja besar mendapatkan pemain berusia awal 20 tahun," katanya.