'Ronaldo tak cukup bagus'- Kaka

Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
A
A
A

BEKAS pemain AC Milan dan Real Madrid, Kaka memilih bintang Barcelona, Lionel Messi sebagai pemain terbaik dunia berbanding Cristiano Ronaldo.

Menurutnya, Messi mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding Ronaldo ketika beraksi di atas padang.

"Saya pernah bermain bersama Ronaldo selama empat tahun di Real, tetapi saya akan pilih Messi kerana kualiti yang dimilikinya.

"Dia (Messi) seorang yang pintar, mempunyai bakat yang baik dan cara permainan yang luar biasa. Tiada siapa yang setanding dengan Messi," katanya.

Untuk rekod, Kaka pernah beraksi bersama Ronaldo apabila kedua-dua mereka berpindah ke Santiago Bernabeu pada musim panas 2009.

Bagaimanapun, pemain kelahiran Brazil itu tetap memuji Ronaldo yang menyifatkan bintang Juventus itu mempunyai kekuatan mental yang sangat baik.

"Cristiano adalah mesin. Dia bukan sahaja kuat, bertenaga, dan cepat tetapi juga dia kuat secara mental.

"Dia selalu ingin main dan menang serta jadi yang terbaik. Bagi saya, itu adalah perkara paling luar biasa yang dia miliki.

Artikel Berkaitan:

"Dalam sejarah bola sepak, mereka (Messi dan Ronaldo) jelas berada di ranking lima terbaik dunia dan semua pihak beruntung dapat menyaksikan kedua-dua pemain beraksi pada ketika ini," katanya.