Port lumba haram kereta digempur polis

Port lumba haram di Iskandar Puteri digempur polis pada awal pagi Ahad. - Foto IPD Iskandar Puteri
Port lumba haram di Iskandar Puteri digempur polis pada awal pagi Ahad. - Foto IPD Iskandar Puteri
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Lokasi panas lumba haram di Lebuh Medini Utama diserbu polis dalam operasi samseng jalanan (Op Motokar) pada awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, lokasi berkenaan dikenal pasti sebagai antara ‘port’ tumpuan kumpulan kereta melakukan aksi berbahaya dan lumba haram.

Menurut beliau, operasi dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Iskandar Puteri dengan kerjasama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah (BPJKKD).

"Hasil serbuan sebanyak 45 kereta diperiksa membabitkan 77 individu terdiri daripada 63 lelaki dan 14 wanita berusia antara 18 hingga 50 tahun.

"Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 32 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk pengubahsuaian struktur kenderaan seperti ekzos, penggunaan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi serta kesalahan lain di bawah peraturan ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya dalam kenyataan.

Port lumba haram di Iskandar Puteri digempur polis pada awal pagi Ahad. - Foto IPD Iskandar Puteri
Port lumba haram di Iskandar Puteri digempur polis pada awal pagi Ahad. - Foto IPD Iskandar Puteri

Jelas M Kumarasan, polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti samseng jalanan.

“Perbuatan ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut memaklumkan operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengekang kegiatan lumba haram serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah ini terus terpelihara.

 

Ringkasan AI

  • Lokasi panas lumba haram di Lebuh Medini Utama diserbu polis dalam operasi samseng jalanan pada awal pagi Ahad
  • Operasi dilakukan dengan kerjasama antara Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Iskandar Puteri dan BPJKKD
  • Seramai 77 individu terlibat dengan 45 kereta diperiksa
  • Sebanyak 32 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk pengubahsuaian struktur kenderaan
  • Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk mengekang kegiatan lumba haram

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!