Iran tak hirau ugutan Trump

Operasi ketenteraan Trump yang semakin bercelaru kini beralih ke selat sempit yang menjadi laluan hampir satu perlima perdagangan minyak mentah global.
Operasi ketenteraan Trump yang semakin bercelaru kini beralih ke selat sempit yang menjadi laluan hampir satu perlima perdagangan minyak mentah global.
A
A
A

TEHERAN - Iran pada Ahad membalas ugutan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengancam mahu memusnahkan loji kuasa di Teheran jika Selat Hormuz tidak dibuka semula dengan segera.

"Seluruh infrastruktur tenaga, teknologi maklumat dan penyahgaraman air milik musuh di rantau Asia Barat akan menjadi sasaran sekiranya kemudahan bahan api serta tenaga kami dibedil," menurut Markas Operasi Tentera Iran, Khatam Al-Anbiya.

Respons tegas itu diberikan selepas Trump memberi tempoh masa selama 48 jam kepada Iran supaya membuka laluan maritim penting di perairan Teluk selepas ia disekat sebagai tindak balas terhadap kempen pencerobohan dilancarkan AS bersama Israel.

Teheran sekali lagi tidak mempedulikan ancaman pemimpin Republikan itu selepas ia melancarkan gelombang serangan misil ke atas dua bandar termasuk yang menempatkan loji nuklear di selatan Israel yang turut menyebabkan lebih 100 orang cedera.

Operasi ketenteraan Trump yang semakin bercelaru kini beralih ke selat sempit yang menjadi laluan hampir satu perlima perdagangan minyak mentah global.

Beliau turut mengecam sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang digelar sebagai 'pengecut' kerana gagal memberi tekanan kepada Iran.

Susulan desakan AS yang semakin meningkat, sebanyak 22 negara termasuk Britain, Perancis, Itali, Jerman, Korea Selatan, Australia dan Bahrain menyatakan kesediaan untuk menyumbang usaha bagi memastikan laluan selamat di Selat Hormuz. - AFP

Info:

Data firma analitik Kpler mendapati kapal pengangkut komoditi hanya membuat 116 lintasan di Selat Hormuz pada 1 hingga 19 Mac lalu. Angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 95 peratus berbanding purata semasa waktu aman.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Iran membalas ancaman Trump untuk memusnahkan loji kuasa di Teheran
  • Markas Operasi Tentera Iran menyanggah dengan mengancam akan sasarkan infrastruktur musuh di Asia Barat
  • Trump beri Iran 48 jam untuk buka semula Selat Hormuz yang disekat
  • Gelombang serangan misil Iran ke Israel menyebabkan lebih 100 orang cedera
  • Sebanyak 22 negara termasuk Britain dan Jerman menyatakan kesediaan membantu memastikan laluan selamat di Selat Hormuz

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!