Tradisi pakaian sedondon

KUALA TERENGGANU - Setiap kali menjelang Aidilfitri, sebuah keluarga besar di Kampung Tok Dir di sini tidak pernah melepaskan peluang mengekalkan tradisi memakai pakaian sedondon sebagai simbol kebersamaan serta keharmonian dalam kalangan mereka.
Muda Abdullah, 68, berkata, amalan yang diteruskan setiap tahun itu bukan sahaja menceriakan suasana pagi Syawal, malah mencerminkan nilai kasih sayang serta perpaduan yang utuh dalam keluarga berkenaan.
Katanya, tradisi itu bermula sejak 2018 dan masih diteruskan hingga kini sebagai satu cara mengekalkan hubungan erat dalam kalangan ahli keluarga. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
