Lelaki pukul isteri hamil direman empat hari

MELAKA - Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya yang sedang hamil pada Ahad lepas direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini pada Jumaat.
Perintah reman bermula Jumaat hingga Isnin itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Semalam, polis berjaya menahan lelaki itu yang juga seorang penghantar makanan kerana didakwa memukul isterinya yang sedang hamil di sebuah rumah di Taman Seri Kemendor, Jasin.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dilaporkan berkata, suspek berusia 22 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai anggota polis dari Unit D8 dan D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kira-kira jam 11 pagi. - Bernama
Ringkasan AI
- Lelaki disyaki memukul isteri hamil direman empat hari
- Mahkamah Majistret Ayer Keroh mengeluarkan perintah reman
- Siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga
- Polis menahan lelaki itu, seorang penghantar makanan, di Taman Seri Kemendor, Jasin
- Ketua Polis Daerah Melaka Tengah melaporkan penahanan suspek berusia 22 tahun
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
