Lelaki berkelakuan tidak senonoh dalam masjid direman 4 hari, ada kad OKU

SEGAMAT - Lelaki tempatan berusia lingkungan 20 tahun yang disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh dalam sebuah masjid di Bukit Siput di sini seperti tular di media sosial, berjaya diberkas polis awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, suspek ditahan pada jam 3.15 pagi di Taman Air Biru, Pasir Gudang oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.
"Siasatan awal mendapati lelaki itu bukan penduduk daerah Segamat dan merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran.
“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga didapati negatif,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan suspek kini direman empat hari sehingga 9 Mac bagi membantu siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
“Polis memandang serius sebarang perlakuan tidak senonoh terutama di tempat ibadah dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang,” katanya.
Ringkasan AI
- Lelaki tempatan berusia lingkungan 20 tahun disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh di masjid Bukit Siput, Segamat
- Suspek ditahan awal pagi Jumaat di Taman Air Biru, Pasir Gudang
- Bukan penduduk Segamat dan merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya kategori masalah pembelajaran
- Tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing negatif
- Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan, suspek direman empat hari
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

