Pakistan, Malaysia setuju teruskan usaha keamanan di Asia Barat

Shehbaz Sharif (gambar kiri) dan Anwar pada Jumaat bersetuju untuk meneruskan usaha keamanan di Asia Barat susulan perang Amerika Syarikat-Israel di Iran.
Shehbaz Sharif (gambar kiri) dan Anwar pada Jumaat bersetuju untuk meneruskan usaha keamanan di Asia Barat susulan perang Amerika Syarikat-Israel di Iran.
A
A
A

NEW DELHI - Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat bersetuju untuk meneruskan usaha keamanan di Asia Barat susulan perang Amerika Syarikat-Israel di Iran.

Kedua-dua pemimpin itu berbual pada sebelah petang dan saling bertukar ucapan Aidilfitri sambil menegaskan komitmen untuk memperkukuh hubungan Malaysia-Pakistan.

"Kami membincangkan situasi yang sedang berkembang di Iran dan rantau Teluk, serta bersetuju mengenai keperluan mendesak untuk meredakan ketegangan dan meneruskan usaha bersama bagi mempromosikan keamanan melalui dialog dan diplomasi,” kata Shehbaz dalam satu hantaran di X.

"Kami turut menyatakan kepuasan terhadap momentum positif dalam hubungan Pakistan-Malaysia serta menegaskan komitmen bersama untuk terus memperkukuh hubungan persaudaraan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju meneruskan usaha keamanan di Asia Barat susulan perang Amerika Syarikat-Israel di Iran Kedua-dua pemimpin bertukar ucapan Aidilfitri sambil menegaskan komitmen untuk memperkukuh hubungan Malaysia-Pakistan Mereka membincangkan situasi di Iran dan rantau Teluk serta bersetuju mengenai keperluan meredakan ketegangan melalui dialog dan diplomasi Kepuasan terhadap momentum positif dalam hubungan Pakistan-Malaysia dinyatakan Komitmen bersama untuk terus memperkukuh hubungan persaudaraan ditegaskan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!