Pekerja taska didakwa bunuh bayi empat bulan

Seorang pekerja pusat asuhan atau taska didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia empat bulan, minggu lepas. Foto Bernama
Seorang pekerja pusat asuhan atau taska didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia empat bulan, minggu lepas. Foto Bernama
A
A
A

BUKIT MERTAJAM -  Seorang pekerja pusat asuhan atau taska didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia empat bulan, minggu lepas.

Nur Farhana Fazmar Abdullah, 22, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa menyebabkan kematian seorang bayi di Taska Pintar Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, antara 1 hingga 4 pagi, pada 9 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Amalina Harun, manakala peguam Muhaimin Hashim mewakili tertuduh.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan sebelum menetapkan 23 Jun sebagai tarikh sebutan semula untuk menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Sementara itu, seorang lagi wanita berusia 22 tahun yang sebelum ini ditahan bersama tertuduh bagi membantu siasatan dibebaskan dengan jaminan RM10,000 di mahkamah sama sebagai saksi pendakwaan.

Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail mengesahkan kematian bayi lelaki itu disebabkan lemas berdasarkan hasil bedah siasat.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia empat bulan disahkan meninggal dunia pada jam 4.20 pagi, 9 Mac selepas dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSJ dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan doktor melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) selama kira-kira sejam sebelum mangsa meninggal dunia.

Bayi itu dihantar ke pusat asuhan yang beroperasi 24 jam oleh ibunya, seorang jururawat yang bertugas syif malam.- Bernama 

Ringkasan AI

  • Pekerja pusat asuhan didakwa membunuh bayi lelaki empat bulan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam
  • Terdakwa, Nur Farhana Fazmar Abdullah berusia 22 tahun, tidak mengaku bersalah dan kes dibawa ke Mahkamah Tinggi
  • Kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan menyebut hukuman mati atau penjara dan sebatan
  • Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 23 Jun menunggu laporan kimia dan bedah siasat
  • Bayi mangsa meninggal lemas selepas dikejarkan ke hospital, disahkan mati selepas usaha CPR selama sejam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!