Pantai Hospital rai 10 rumah anak yatim sempena Aidilfitri

SUNGAI PETANI – Sebanyak 10 buah rumah anak yatim di Kedah terpilih menerima sumbangan lebih RM20,000 dari Pantai Hospital Sungai Petani menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘Bersama Memberi, Meraih Keberkatan’.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tio Bee Chan berkata, program itu melibatkan sumbangan kira-kira 1,000 kilogram beras (dan barangan asas) hasil keprihatinan para perunding perubatan hospital sebagai sokongan dalam menceriakan keluarga dan kanak-kanak kurang berkemampuan.
“Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan kami untuk bersama-sama berganding bahu membantu mereka yang memerlukan," katanya dalam kenyataan.


Rumah anak yatim yang disantuni termasuk Rumah Anak Yatim Amal Solehah Pendang, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Az Zahra, Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al Munirah, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda, Anak-anak Yatim dan Miskin Al Taqwa Baling.
Selain itu, Rumah Anak Yatim Nur Hidayah Kampung Sadek, Pertubuhan Sentuhan Kasih Al Shafi, Rumah Anak Yatim Gemilang Kampung Banggol, Maahad Tahfiz Ahmadiah serta Badan Usaha Didikan Anak Yatim Negeri Kedah turut tersenarai sebagai penerima.
Katanya, program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan pihak hospital dalam menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat.
Ringkasan AI
- SUNGAI PETANI – Sebanyak 10 buah rumah anak yatim di Kedah terpilih menerima sumbangan lebih RM20,000 dari Pantai Hospital Sungai Petani
- Sumbangan tersebut adalah sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat hospital 'Bersama Memberi, Meraih Keberkatan'
- Program tersebut melibatkan pemberian kira-kira 1,000 kilogram beras dan barangan asas yang diperoleh dari keprihatinan para perunding perubatan
- Antara rumah anak yatim yang menerima manfaat termasuk Rumah Anak Yatim Amal Solehah Pendang, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Az Zahra, dan lain-lain
- Inisiatif ini mencerminkan komitmen Pantai Hospital Sungai Petani dalam menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

