Amang seksual anak sendiri, anggota tentera wanita dipenjara tujuh tahun

Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas prosiding mahkamah selesai
Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas prosiding mahkamah selesai
A
A
A

MELAKA - Seorang anggota tentera dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Selasa selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak lelakinya dua tahun lalu.

Wanita berusia 44 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai hubungan amanah, iaitu ibu kandung, dengan sengaja telah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia lapan tahun.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah beralamat di Taman Peruna, Sungai Udang, daerah Melaka Tengah di sini sekitar jam 10.30 malam pada Disember 2024.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.

Seksyen 14(a) memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebatan, manakala di bawah Seksyen 16(1), penjara maksimum lima tahun dan hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang dua kali.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asnini Kamarudin mencadangkan hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon dikenakan hukuman penjara yang lebih singkat kerana perlu menyara ketiga-tiga anaknya selepas selesai menjalani hukuman.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap ibu tunggal itu.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang anggota tentera dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana melakukan amang seksual terhadap anak lelakinya
  • Ibu tunggal berusia 44 tahun mengaku bersalah
  • Perbuatan dilakukan terhadap mangsa berusia lapan tahun di Taman Peruna, Sungai Udang, Melaka Tengah
  • Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) AKSTK 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebatan
  • Tertuduh memohon hukuman penjara yang lebih singkat kerana perlu menyara ketiga-tiga anaknya selepas selesai menjalani hukuman

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!