Kabel, talian elektrik tidak boleh disentuh atau diceroboh - TNB

Tiga lelaki dilaporkan maut dipercayai akibat renjatan elektrik semasa cuba memotong kabel pada tiang milik TNB.
Tiga lelaki dilaporkan maut dipercayai akibat renjatan elektrik semasa cuba memotong kabel pada tiang milik TNB.
A
A
A

IPOH - Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengingatkan orang ramai pepasangan elektrik seperti tiang, kabel dan talian elektrik berbahaya serta tidak boleh disentuh atau diceroboh oleh mana-mana pihak.

TNB dalam kenyataan memaklumkan mengganggu atau merosakkan pepasangan elektrik bukan sahaja menyalahi undang-undang malah mengundang risiko renjatan elektrik yang boleh membawa maut. 

"Orang awam dinasihatkan menjauhi pepasangan elektrik dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa atau TNB bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” menurut kenyataan itu. 

TNB memaklumkan pihaknya telah memberi kerjasama penuh dalam siasatan kejadian tiga lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel pada pepasangan elektrik berhampiran Taman Rapat Mutiara di sini.

"Pasukan TNB yang digerakkan ke lokasi kejadian telah memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia serta Suruhanjaya Tenaga bagi membantu siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Pada Isnin, polis berkata, tiga lelaki berusia 35 hingga 50 tahun maut dipercayai akibat renjatan elektrik semasa cuba memotong kabel pada tiang milik TNB. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • TNB mengingatkan orang ramai bahawa pepasangan elektrik seperti tiang, kabel dan talian elektrik berbahaya dan tidak boleh disentuh
  • Mengganggu atau merosakkan pepasangan elektrik menyalahi undang-undang dan boleh mengundang risiko renjatan elektrik yang boleh membawa maut
  • Orang awam dinasihatkan menjauhi pepasangan elektrik dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa atau TNB
  • TNB telah memberi kerjasama penuh dalam siasatan kejadian tiga lelaki maut akibat renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel
  • Pasukan TNB telah memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Tenaga untuk membantu siasatan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!