Adakah nikmat keamanan kini sudah terlalu murah?

Generasi terdahulu berjuang untuk satu tanah air yang aman iaitu tempat Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan pelbagai etnik lain boleh hidup di bawah langit yang sama tanpa rasa takut. Foto hiasan
Generasi terdahulu berjuang untuk satu tanah air yang aman iaitu tempat Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan pelbagai etnik lain boleh hidup di bawah langit yang sama tanpa rasa takut. Foto hiasan
A
A
A

MERAK Jalanan kadang-kadang hairan juga. Negara kita ini pelik sedikit. Waktu menang bola, satu stadium boleh bersorak bersama.

Waktu perayaan, semua kaum boleh makan satu meja, bedal habis ketupat, kuih bulan, muruku. Tapi entah kenapa bila masuk media sosial, tiba-tiba semua orang jadi 'batu api', 'pejuang agama masing-masing'.

Roboh sana, pijak sini, caci sana, hina sini. Ada sahaja isu kecil yang boleh jadi besar. Kadang-kadang Merak Jalanan tertanya-tanya sama ada kita ini betul-betul marah atau sekadar mahu jadi 'hero papan kekunci'?

Lucunya, kebanyakan kita bercakap tentang patriotisme, soal cintakan negara. Tetapi tangan ringan menambah api kebencian.

Seolah-olah keamanan yang kita nikmati ini barang murah, boleh diganti di kedai ECO RM2.

Hakikatnya, keamanan itu mahal. Terlalu mahal. Negara ini tidak dibina dengan komen di media sosial Ia dibina dengan keringat, pengorbanan dan air mata generasi terdahulu.

Mereka berjuang untuk satu tanah air yang aman iaitu tempat Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan pelbagai etnik lain boleh hidup di bawah langit yang sama tanpa rasa takut.

Ironinya, selepas hampir tujuh dekad merdeka, kita pula yang sibuk mencari alasan untuk bermusuh.

Merak Jalanan terfikir, mungkin kita sudah terlalu lama hidup aman. Sampai terlupa keamanan bukan sesuatu yang datang secara automatik. Ia perlu dijaga setiap hari oleh setiap orang bergelar rakyat.

Artikel Berkaitan:

Penyelesaiannya bukanlah benda rumit mana pun. Cuma hormat, sedikit toleransi dan kadang-kadang perlu diam. Ya, diam juga satu bentuk kebijaksanaan sebelum yang menang hanyalah kebencian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!