Jamuan Aidilfitri MB Johor diteruskan secara skala kecil

Onn Hafiz ditemui selepas Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor, pada Sabtu.
Onn Hafiz ditemui selepas Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor, pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan kerajaan negeri akan meneruskan majlis jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini secara sederhana.

Beliau berkata, majlis rumah terbuka Menteri Besar yang menjadi acara tahunan itu tetap diteruskan seperti kebiasaan.

Menurutnya, penganjuran majlis berkenaan bagaimanapun akan dibuat secara kecil-kecilan.

“Saya melihat kita akan buat, tetapi secara kecil-kecilan. Majlis rumah terbuka Menteri Besar secara lazimnya memang dilaksanakan setiap tahun,” katanya.

Beliau ditemui selepas Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor pada Sabtu.

Pada 11 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak termasuk agensi kerajaan dan GLC/GLIC mengamalkan perbelanjaan lebih berhemah.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan pengurusan kewangan lebih berdisiplin selain memberi contoh baik dalam keadaan ekonomi semasa.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyatakan kerajaan negeri akan meneruskan majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri secara sederhana
  • Majlis rumah terbuka Menteri Besar akan diteruskan seperti kebiasaan tetapi akan diadakan secara kecil-kecilan
  • Penyelenggaraan acara ini adalah selaras dengan tradisi tahunan
  • Onn Hafiz menyatakan pendirian kerajaan negeri selepas Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor
  • Langkah berhemah dalam perbelanjaan ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam konteks pengurusan kewangan dan ekonomi semasa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!