Bomba selamat dua kanak-kanak terperangkap dalam kebakaran

Jentera bomba tiba di lokasi kira-kira jam 10.46 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah apartmen empat tingkat di tingkat tiga.
Jentera bomba tiba di lokasi kira-kira jam 10.46 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah apartmen empat tingkat di tingkat tiga.
A
A
A

PETALING JAYA – Dua kanak-kanak diselamatkan anggota bomba ketika menjalankan operasi pemadaman kebakaran sebuah apartmen empat tingkat di Jalan 1 Emas, Taman Megah Emas di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.37 pagi itu, kedua-dua mangsa yang dianggarkan berusia antara empat hingga enam tahun ditemui dalam keadaan separa sedar di dalam sebuah bilik di kediaman terbabit.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.37 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara bersama bantuan BBP Petaling Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

"Jentera bomba tiba di lokasi kira-kira jam 10.46 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah apartmen empat tingkat di tingkat tiga.

"Kediaman berkeluasan kira-kira 600 kaki persegi itu terbakar kira-kira 50 peratus di bahagian ruang tamu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, ketika operasi pemadaman dijalankan, anggota bomba menemukan dua kanak-kanak, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan, di dalam sebuah bilik dalam keadaan separa sedar.

"Anggota bomba kemudian berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

"Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital KJMC untuk rawatan lanjut menggunakan jentera EMRS," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, operasi melibatkan seramai 13 anggota dengan kekuatan jentera dari BBP Damansara dan BBP Petaling Jaya.

"Operasi berjaya dikawal pada jam 10.54 pagi dan kerja-kerja 'overhaul' sedang dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula," katanya.

 

Ringkasan AI

  • Dua kanak-kanak diselamatkan dalam kebakaran rumah apartmen di Taman Megah Emas, Petaling Jaya
  • Kanak-kanak berada dalam keadaan separa sedar ketika ditemui anggota bomba
  • Panggilan kecemasan diterima pada jam 10.37 pagi
  • Operasi penyelamatan dilakukan oleh anggota BBP Damansara dan BBP Petaling Jaya
  • Kanak-kanak dihantar ke Hospital KJMC untuk rawatan lanjut selepas diselamatkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!