Persiapan sambut Aidilfitri

ORANG ramai membanjiri Bazar Aidilfitri di Pusat Dagangan Terengganu bagi mendapatkan pelbagai kelengkapan baharu sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
Pengunjung dilihat mengambil peluang memilih pelbagai barangan termasuk pakaian, tudung, kasut serta aksesori raya yang ditawarkan peniaga di bazar berkenaan.
Tinjauan mendapati suasana bazar semakin meriah pada waktu malam apabila orang ramai bersama keluarga keluar membeli-belah bagi melengkapkan persiapan menjelang Syawal.
Selain itu peniaga turut menawarkan pelbagai promosi serta potongan harga bagi menarik pelanggan, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan barangan pada harga lebih berpatutan menjelang Aidilfitri. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
