Maritim Malaysia perketat kawalan perairan musim perayaan

Mohd Asri (kiri) mengetuai KM Bagan Datuk dalam melaksanakan tugas menjaga perairan negara biarpun pada musim perayaan.
Mohd Asri (kiri) mengetuai KM Bagan Datuk dalam melaksanakan tugas menjaga perairan negara biarpun pada musim perayaan.
A
A
A

KLANG - Jenayah penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI), mercun dan bunga api serta barangan kawalan di perairan negara menjadi antara fokus utama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sepanjang musim perayaan menerusi pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.

Pegawai Pemerintah Kapal Maritim (KM) Bagan Datuk, Leftenan Komander Maritim Mohd Asri Zahari berkata, tugas mengawal keselamatan perairan ketika musim perayaan memberi cabaran tersendiri kepada pasukan terutama dari aspek keselamatan anggota dan pemantauan kawasan perairan.

Menurutnya, kegiatan penyeludupan keluar dan masuk PATI dijangka berlaku pada musim perayaan.

"Bukan sahaja PATI, tapi barang kawalan seperti minyak masak, gula dan tepung.

"Modus operandi kebanyakan penyeludupan PATI ialah menyasarkan kawasan strategik yang mudah bagi sindiket bergerak masuk dan keluar.

"Di sini kawalan hotspot sangat penting dalam usaha membanteras kegiatan jenayah di perairan negara," katanya kepada Sinar Harian semasa operasi pemeriksaan di perairan Selangor di sini baru-baru ini.

Anggota Maritim Malaysia melaksanakan pemeriksaan menerusi Op Khas Pagar Laut.
Anggota Maritim Malaysia melaksanakan pemeriksaan menerusi Op Khas Pagar Laut.

Sinar Harian yang menyertai tugasan rondaan itu berpeluang melihat lebih dekat tugas dilaksanakan Maritim Malaysia termasuk pemeriksaan bot dan pemantauan kapal-kapal.

Artikel Berkaitan:

Tugas itu dilaksanakan tanpa mengira waktu biarpun pada bulan Ramadan.

Berkongsi pengalaman beraya di atas kapal sebagai pegawai kanan Maritim Malaysia, Mohd Asri berkata, beliau sudah terbiasa dengan situasi itu selepas kira-kira 13 tahun berkhidmat dalam pasukan.

"Kita reda bekerja di hari raya dan ini sudah jadi kebiasaan.

"Pengubat rindu di pagi raya ialah keluarga terdekat, ibu bapa, isteri dan anak. Kalau ada talian telefon saya akan hubungi mereka atau 'video call'," ujarnya.

Petugas KM Bagan Datuk berbuka puasa bersama ibarat sebuah keluarga biarpun mendepani tugas sebagai pasukan penguat kuasa.
Petugas KM Bagan Datuk berbuka puasa bersama ibarat sebuah keluarga biarpun mendepani tugas sebagai pasukan penguat kuasa.

Beliau turut menjelaskan bahawa moral anggota juga sentiasa dijaga sepanjang pelayaran memandangkan mereka bertugas dalam situasi mencabar.

"Menu pagi raya kita akan pilih juadah wajib seperti lemang, nasi minyak, rendang dan ketupat. Kita akan usaha pelbagaikan menu demi mengubat rindu," katanya.

Ringkasan AI

  • Jenayah penyeludupan PATI, mercun, bunga api dan barangan kawalan menjadi fokus utama Maritim Malaysia semasa musim perayaan melalui Op Khas Pagar Laut
  • Kegiatan penyeludupan dijangka meningkat pada musim perayaan termasuk barang kawalan seperti minyak masak, gula dan tepung
  • Penyeludup sering memilih kawasan strategik yang memudahkan akses masuk dan keluar bagi melaksanakan aktiviti mereka
  • Tugas pengawasan dan pemeriksaan dilaksanakan tanpa henti oleh Maritim Malaysia termasuk semasa bulan Ramadan
  • Pegawai Maritim Malaysia, termasuk Mohd Asri, sudah terbiasa bertugas pada hari raya dan menjaga semangat dengan memilih juadah tradisional untuk bersama-sama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!