Tutup pintu Masjid Al-Aqsa tindakan keji - Tok Mat

Malaysia mengecam tindakan rejim Zionis menutup pintu masuk Masjid Al-Aqsa. Gambar kecil: Mohamad
Malaysia mengecam tindakan rejim Zionis menutup pintu masuk Masjid Al-Aqsa. Gambar kecil: Mohamad
A
A
A

SEREMBAN – Tindakan Israel menutup pintu masuk Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis disifatkan satu tindakan keji kerana menyekat orang Islam, khususnya rakyat Palestin, daripada melaksanakan ibadah pada bulan Ramadan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia merupakan perkara yang amat tidak baik dan tidak bermoral serta wajar dikecam oleh masyarakat antarabangsa.

"Kita mendapat khabar bahawa pihak rejim Zionis Israel, selain daripada kekejaman terhadap rakyat Palestin dengan membunuh wanita, kanak-kanak dan rakyat Palestin yang tidak berdosa, dalam bulan Ramadan ini mereka mengambil satu lagi tindakan keji dengan menutup pintu Masjid Al-Aqsa daripada orang Palestin untuk menjalankan ibadah.

"Ini satu perkara yang tidak bermoral, paling keji menahan orang daripada menggunakan tempat ibadah yang telah beribu tahun digunakan oleh orang Islam," katanya ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa UMNO Bahagian Rembau di sini pada Khamis.

Tegasnya, Malaysia mengecam tindakan itu dan beliau percaya banyak lagi negara lain turut mengecam tindakan tidak bermoral dan keji terbabit.

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Luar dari lapan negara yang majoriti penduduknya beragama Islam menggesa Israel segera menghentikan penutupan pintu masuk Masjid Al-Aqsa, sekali gus mengecam tindakan berterusan menutup kawasan itu kepada umat Islam, terutama pada bulan suci Ramadan.

Menteri Luar Indonesia, Mesir, Jordan, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam satu kenyataan bersama turut menggesa Israel menarik balik sekatan akses ke Kota Lama Baitulmaqdis serta tidak menghalang umat Islam memasuki masjid berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Israel menutup pintu masuk Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadan menyekat ibadah orang Islam
  • Tindakan Israel dikecam sebagai tidak bermoral oleh Menteri Luar Malaysia
  • Menahan orang Islam daripada menggunakan Masjid Al-Aqsa dikritik keras
  • Malaysia bersama negara-negara Islam lain mengecam tindakan Israel
  • Menteri Luar dari Indonesia, Mesir, Jordan, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Turkiye, UAE menggesa Israel menghentikan penutupan Masjid Al-Aqsa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!