Kemunculan 'ikan kiamat' undang resah

MEXICO CITY - Dua spesimen laut dalam yang jarang ditemui telah naik ke darat.
Penemuan 'ikan kiamat' di tepi pantai Cabo San Lucas di Mexico turut meraih perhatian warganet selepas ia sering dikaitkan dengan amaran bencana dahsyat.
Monica Pittenger berkongsi video memaparkan kemunculan ikan tersebut yang mendiami kawasan dasar laut pada kedalaman 1,000 meter.
Menerusi klip itu yang dimuat naik di Instagram pada 4 Mac lalu, kedua-duanya seperti sedang 'bergelut' di tepi pantai.
Beberapa pengguna media sosial turut meninggalkan komen yang melucukan bagi meredakan kebimbangan ramai berikutan 'ikan kiamat' tersebut sinonim dengan petanda buruk bakal berlakunya gempa bumi atau gelombang tsunami.
Setakat ini, tiada aktiviti seismik mencurigakan dilaporkan. - Agensi
Ringkasan AI
- Dua spesimen laut dalam jarang ditemui telah naik ke darat di Mexico City
- Penemuan ikan kiamat di Cabo San Lucas menarik perhatian kerana dikaitkan dengan amaran bencana
- Monica Pittenger memaparkan video ikan yang mendiami laut dalam pada kedalaman 1,000 meter
- Video itu menunjukkan kedua ikan itu seperti bergelut di tepi pantai
- Tiada aktiviti seismik mencurigakan dilaporkan selepas penemuan tersebut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

