JKDM rampas mercun, perisa shisha, tembakau kunyah bernilai lebih RM1 juta

Mohamad Azhar (kiri) menunjukkan barang rampasan ketika sidang media di Pejabat Kastam Palabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada Khamis. Foto Bernama
Mohamad Azhar (kiri) menunjukkan barang rampasan ketika sidang media di Pejabat Kastam Palabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

KLANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan percubaan menyeludup mercun, perisa shisha serta tembakau kunyah bernilai RM1.54 juta menerusi serbuan berasingan di sekitar Selangor bulan lepas. 

‎Pengarah JKDM Selangor, Mohamad Azhar Ahmad Paharazi berkat, menerusi pemeriksaan terhadap sebuah kontena di sebuah gudang sekitar kawasan Puncak Alam pada 12 Januari lepas, menemukan sejumlah mercun bernilai RM266,319.

"Pengimportan mercun dan bunga api tertakluk di bawah permit import dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri serta Polis Diraja Malaysia sebagaimana diperuntukkan di bawah Butiran 46, Bahagian I, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023," katanya pada sidang media di sini pada Khamis.

Beliau berkata, menerusi pemeriksaan pada 26 Januari lepas dengan kerjasama Unit Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Pelabuhan Barat, Klang, berjaya menemukan sejumlah tisu serta 13.17 tan mercun bernilai RM279,588 yang telah diikrar secara tidak benar sebagai barang hiasan parti dipercayai untuk tujuan eksport ke sebuah negara di Asia.  ‎ ‎

Dalam pada itu, Mohamad Azhar berkata, pemeriksaan atas sebuah kontena pada 13 Januari di Pelabuhan Barat, Klang, menemukan 2,880 kilogram (kg) perisa shisha dipercayai diimport tanpa permit yang sah berjumlah RM434,016.

Beliau berkata, pengimportan produk itu tertakluk kepada permit import dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagaimana diperuntukkan di bawah Butiran 4(3), Bahagian I, Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

 ‎"Produk itu juga telah diiklankan secara tidak benar sebagai minuman tenaga melalui manifes bagi mengelak dikesan JKDM," katanya.

Beliau berkata,pihaknya turut merampas 3,900 kg tembakau kunyah bernilai RM566,816 di Pelabuhan Utara, Klang yang gagal mengemukakan permit import.

Kes disiasat di bawah seksyen 135(1)(a) dan Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967. - Bernama

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Kastam Diraja Malaysia menggagalkan percubaan menyeludup mercun, perisa shisha, dan tembakau kunyah bernilai RM1.54 juta di Selangor
  • Mercun bernilai RM266,319 ditemukan dalam sebuah kontena di Puncak Alam pada 12 Januari
  • Pemeriksaan pada 26 Januari di Pelabuhan Barat, Klang menemukan 13.17 tan mercun bernilai RM279,588 dan 2,880 kilogram perisa shisha bernilai RM434,016
  • Perisa shisha dipercayai diimport tanpa permit yang sah dari Kementerian Kesihatan Malaysia
  • 3,900 kg tembakau kunyah bernilai RM566,816 dirampas di Pelabuhan Utara, Klang kerana gagal mengemukakan permit import

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!