Hezbollah lancar serangan terbesar, lepaskan 150 roket ke Israel

TEL AVIV - Kumpulan Hezbollah melancarkan kira-kira 150 roket ke wilayah jajahan Israel dalam tempoh beberapa jam, memaksa ratusan ribu penduduk melarikan diri ke tempat perlindungan sementara, menurut penilaian Tentera Israel (IDF).
Ini merupakan serangan terbesar Hezbollah ke atas Israel sejak ketegangan meningkat awal bulan ini.
Dalam beberapa kenyataan berturut-turut, kumpulan itu berkata, ia menyasarkan Ami’ad dan pangkalan Samson di Israel.
Menurut kenyataan itu, ibu pejabat Komando Utara tentera Israel serta pangkalan Ein Zeitim berhampiran Safad turut menjadi sasaran.
Hezbollah menambah, ia turut melepaskan peluru berpandu ke arah pangkalan tentera laut Haifa dan pangkalan udara Carmel di bandar Haifa, Israel. - Agensi
Ringkasan AI
- Hezbollah mendakwa melancarkan roket ke lokasi ketenteraan Israel sebagai tindak balas serangan Israel ke Lubnan
- Menyasarkan Ami'ad dan pangkalan Samson di Israel
- Ibu pejabat Komando Utara dan pangkalan Ein Zeitim di Israel turut disasarkan
- Peluru berpandu dilepaskan ke arah pangkalan tentera laut Haifa
- Pangkalan udara Carmel di bandar Haifa juga menjadi sasaran
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
